Pelayaran Cinta [C] - daiysky_ - Wattpad

Pelayaran Cinta [C]

daiysky_

Synopsis

Kehidupan yang hanya dipenuhi dengan tugasan dan kerja. Menjadikan seorang yang bernama Haritzh dan Zyara lupa soal tentang percintaan jauh sekali soal perkahwinan walaupun umur masing-masing sudah pun mahu menganjak angka 3 terutamanya si jejaka Haritzh Zafran. Sehingga takdir menemukan mereka dan wujudnya perasaan cinta di dalam jiwa si jejaka. Kehadiran Zyara mengubah perspektif hidupnya. Ikatan suci terbentuk untuk saling melengkapi satu sama lain.

Characters

Haritzh Zafran

Untuk mendapatkan seorang yang keras kepala dan degil bukanlah mudah bagi diri seorang yang bernama Haritzh. Pelbagai usaha yang dilakukan untuk menambat hati seorang gadis yang bernama Zyara Humaira ketika dirinya tekad untuk memperisterikan.

Zyara Humaira

Perkahwinan bukan perkara yang boleh dipandang mudah. Hidup dengan seseorang untuk selamanya memerlukan pengorbanan dan keyakinan, apalagi ketika mana dia memilih untuk menghabiskan masa atau sisa hidupnya dengan seorang yang mempunyai peranan dan tanggungjawab penting dalam negara.

Conflict

Pelbagai liku-liku kehidupan yang mereka tempuhi sebelum mahupun selepas berkahwin. Sehingga pada satu tahap, Zyara dijadikan mangsa akibat daripada ketidakpuasan hati musuh terhadap anggota TLDM dan lebih tepat lagi kepada LEFTENAN KOMANDER HARITZH ZAFRAN. Yang mengetuai dan berjaya membanteras sekali gus telah mengganggu kerja mereka.

Questions

Adakah memilih untuk berkahwin dengan seorang anggota tentera adalah keputusan terbaik? Adakah Zyara sanggup berkongsi perhatian dan masa suaminya dengan negara? Adakah mahligai yang dibina mereka akan kekal selamanya atau mereka memilih untuk hidup dengan mencari kebahagiaan hidup masing-masing? Mampukah pelayaran cinta mereka menuju syurga terindah?

Selamat singgah ke dunia mereka, di mana cinta dan keberanian bersatu untuk menjadi satu.

All Rights Reserved